The Bluebirds ditubuhkan pada 2009 atas idea yang sudah lama datang dari Anaz dimana beliau ingin membuat sebuah band berkonsepkan Rock'N'Roll 70's. Namun pada ketika itu dia masih lagi bermain dengan band Laila's Lounge. Dalam masa yang sama Anaz telah bertemu dengan Aznol dan ternyata beliau juga mempunyai niat yang sama untuk menubuhkan sebuah band berkonsepkan Rock'N'Roll. Dari situ mereka mula mengrekrut anggota-anggota band lain yang mempunyai minat dan citarasa muzik yang sama. Mereka bertemu dengan Ikhwan untuk menjadi pemain gitar kedua dan Lin iaitu drummer asal band ska pop Kluk-kluk Adventure. Dengan adanya 4 orang pada masa itu, mereka telahpun bergerak untuk merangka lagu dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Setelah beberapa minggu selepas berjaya merangka 1-2 lagu, Anaz secara rasminya telah mengundurkan diri dari Laila's Lounge untuk memberi tumpuan kepada band The Bluebirds. Selesai merangka lagu, mereka mengrekrut Reza untuk memenuhi ruang sebagai vokalis dan juga melengkapkan band ini. Dengan adanya 5 anggota kini The Bluebirds telah bersedia untuk terbang dan bersama-sama menyebarkan karya mereka ke seluruh tanahair... The Bluebirds akan keluarkan EP sulung mereka yang memuatkan 5 lagu termasuk singles mereka Jaguh Kampong kemungkinan besar selepas raya jika tiada masalah yang berlaku.

Monday, July 25, 2011 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "The Bluebirds - Jaguh Kampung (New Single)"

Write a comment

Komen Anda